3 Tips Pemasaran yang Efektif untuk Meningkatkan Penjualan Bisnes Anda
Mengapa penjualan menurun?
Mengapa peningkatan penjualan tidak berhasil?
Ini antara soalan yang selalu dengar daripada para usahawan atau pemilik bisnes kecil.
Jadi kami akan kongsikan 7 cara tingkatkan jualan dengan strategi pemasaran online marketing.
Nak tahu cara tingkatkan sales bisnes anda? Jom baca selanjutnya!
1. Jual produk/servis anda melalui Tiktok Live
Kini, ramai orang jual barang, produk, dan servis di Tiktok dengan menggunakan fungsi Tiktok Live.
Ini adalah cara pemasaran produk di Tiktok yang amat popular sekarang sebab trend video makin meningkat dalam kalangan pengguna media sosial.
Siaran Live di Tiktok memang mudah dan mampu jana sales yang banyak untuk bisnes anda.
Anda hanya perlukan smartphone dengan kamera yang canggih macam iPhone 8 dan tripod untuk membuat video Facebook Live pertama anda.
Sebelum membuat siaran Live di Tiktok, sila pastikan bahawa anda ada:
- connection Internet yang laju
- penolong untuk standby bagi menjawab sebarang soalan/komen di ruangan komen video Live anda
- tripod yang stabil untuk smartphone anda
Nak tarik penonton untuk siaran Tiktok Live anda? Gunakan tips ini:
- Buat pengumuman awal di Tiktok mengenai siaran Live anda supaya penonton anda boleh bersedia dan mengosongkan jadual mereka untuk mengikuti siaran anda
- Tambah description yang menarik supaya penonton anda tahu apa yang anda ingin jual
- Minta penonton anda untuk Like, Share, dan Follow profile Tiktok anda
- Libatkan penonton anda dalam Live anda dengan memberi respon kepada sesiapa yang komen pada live anda
- Tamatkan siaran anda dengan CTA (Call To Action), iaitu arahan yang diberikan kepada penonton anda mengenai sebarang tindakan susulan yang anda ingin mereka lakukan seperti: “DM saya untuk maklumat lanjut”, “sila ikuti kami untuk live seterusnya”, dan lain-lain lagi
2. Gunakan Instagram sebagai platform branding
Instagram ialah antara platform media sosial yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia.
Platform ini merupakan pilihan yang tepat untuk membina imej yang kukuh bagi brand anda.
Banyak bisnes kecil kini menggunakan platform ini untuk post gambar dan video yang menarik bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan dalam bisnes mereka.
Anda juga patut berbuat demikian!
Satu trend yang amat popular sekarang ialah Instagram Reels.
Gunakan feature Instagram ini untuk kuatkan brand awareness bisnes anda.
Anda boleh post video tentang cara menggunakan produk anda atau video tips yang relevan seperti “5 cara pakai tudung bawal”.
Gunakan tips-tips ini untuk padukan akaun Instagram bisnes anda:
- Tukar akaun Instagram anda dari akaun Personal ke Business (Settings > Account > Switch to Business Account) supaya anda boleh tambah alamat, emel, dan nombor telefon anda di bio anda
- Isikan description yang singkat dan jelas mengenai bisnes anda di bio anda
- Letak link kedai online anda di bio anda
- Masukkan branded hashtag (hashtag yang biasa digunakan untuk promosikan bisnes anda) dalam bio anda
- Gunakan visual yang konsisten agar akaun Instagram anda mudah dikenali oleh followers anda
- Like atau tinggalkan komen di gambar/video akaun yang dimiliki oleh target audience anda
- Gunakan sekurang-kurangnya 15 hashtag yang relevan untuk setiap gambar/video yang anda post
Dan akhirnya, tip yang paling penting untuk strategi marketing Instagram yang mantap ialah… jangan beli followers.
Angka follower yang tinggi mungkin nampak cantik, tapi tiada maknanya jika followers tersebut tidak relevan dengan bisnes anda.
Jangan pentingkan nombor followers, tapi pentingkan content dan engagement (likes, shares, comments) yang berkualiti.
3. Gunakan content marketing untuk jual secara “soft sell”
Content marketing amat penting zaman sekarang.
Kenapa?
Sebab, penggunaan ad tidak begitu berkesan seperti dulu.
Kini, orang ramai selalunya tidak memberi tumpuan kepada ad yang dipaparkan kepada mereka, malah, mereka juga mempunyai kuasa untuk tutup iklan yang dipaparkan di komputer dan phone mereka.
Jadi, content marketing telahpun menjadi strategi banyak bisnes untuk menguatkan branding dan meningkatkan sales mereka.
Apa itu content marketing?
Content marketing ialah strategi pemasaran yang menggunakan info yang relevan dan bermanfaat untuk menarik pelanggan dan bakal pelanggan bagi mendorong mereka menjadi pelanggan setia ataupun pelanggan baru anda.
Jenis-jenis content yang anda boleh buat ialah blog, post FB, video, infografik dan sebagainya.
Sebagai contoh, jika anda menjual ubat jerawat, anda boleh membuat dan mengedarkan content seperti blog tips penjagaan muka, infografik mengenai cara hidup untuk mengelakkan jerawat, dan lain-lain lagi.
Tips untuk strategi content marketing bisnes anda:
- Pastikan anda tahu siapa target audience anda supaya anda boleh memberikan mereka content yang relevan
- Gunakan pelbagai format untuk content anda – blog, video, emel, podcast, dan lain-lain lagi
- Berikan tips yang berkait rapat dengan bisnes dan target audience anda
- Gunakan bahasa audience anda dan bukannya bahasa yang terlebih formal